Sah, Fadhlina pertahan jawatan Ketua Wanita PKR

Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti.

Beliau membuat pengumuman tersebut berdasarkan visi dan misi perjuangan parti dalam konteks menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah tidak lama lagi.

“Saya ambil kesempatan ini untuk memaklumkan saya akan terus mempertahankan jawatan Ketua Wanita (PKR) Pusat.

“Ini adalah komitmen saya yang berterusan memandangkan ketika ini saya juga ingin memberikan sepenuh tumpuan, pastinya program yang akan mengukuhkan terus perjuangan parti ini.

“Kita harus mula membina kekuatan itu sebagai persiapan untuk pilihan raya akan datang dan ia akan bermula dengan pilihan raya terdekat iaitu (di) Sabah,” katanya menerusi video dimuatnaik menerusi Facebook Wanita PKR Selangor hari ini.

Fadhlina yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Menteri Pendidikan juga berazam untuk mengukuhkan peranan barisan Wanita PKR.

“Saya mahu melihat seluruh jentera wanita memberikan tumpuan kepada pilihan raya yang akan datang.

“Jadi Insya Allah, iltizam saya untuk terus bersama dengan wanita, membetulkan wanita. Wanita nadi Keadilan,” katanya.

BACA JUGA: Gelombang industri semikonduktor negara kedua bermula – PMX

Â