Apa ada dengan enam jenis ubat dari rumah Ridz Okumura? Rupanya ini sebab polis rampas
Enam jenis ubat-ubatan dari rumah usahawan, Ridz Okumura dirampas polis untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, 28 Februari lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) tetapi siasatan dijalankan dengan melihat beberapa sudut.
Jelasnya, sudut siasatan termasuk melihat sama ada Akiko mengalami masalah kemurungan atau masalah kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan.
“Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu (tempat kejadian) yang dipercayai daripada Jepun (negara asal Akiko).
“Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan (Jepun) untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia (Akiko) ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini,” katanya, dipetik BH.
Hussein menambah kemungkinan mangsa mempunyai sejarah menerima rawatan kemurungan, ia masih dalam siasatan sama ada Akiko pernah menerima rawatan di Malaysia atau negara asalnya, Jepun.
Dalam masa sama, katanya, polis juga akan meminta bantuan pakar daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengenal pasti bahan dan kegunaan ubat-ubatan yang dirampas itu.
“Sekiranya kita perlukan bantuan pihak di Jepun untuk kita dapatkan maklumat lanjut berhubung ubat-ubatan ini, maka kita akan minta bantuan pihak kedutaan Jepun,” kata Hussein lagi.
BACA JUGA Gempar isteri usahawan ini maut terjatuh kondominium, siapa sebenarnya Akiko Okumura?
Â