Tanah Rizab Melayu (TRM) semakin berkurangan?
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan dakwaan bahawa keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) semakin berkurangan.
“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia sehingga 30 Jun 2024 adalah seluas 4,955,870.89 hektar dan tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai
Enakmen Rizab Melayu.
“Dalam hubungan ini, keluasan TRM di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 593,354.41 hektar atau 11.97% bagi tempoh 10 tahun kebelakang iaitu tahun 2014.”
Beliau turut menjelaskan bahawa TRM terletak di Bawah bidang kuasa negeri tetapi sentiasa dibincangkan dalam Mesyuatat Majlis Tanah Negara.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani).
BACA JUGA: Sah, Fadhlina pertahan jawatan Ketua Wanita PKR