Apa penambahbaikan SOSMA yang bakal ada?
Kementerian Dalam Negeri telah mengesahkan bahawa Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dipinda dengan beberapa penambahbaikan.
Menteri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga cadangan pindaan yang telah diputuskan pada 19 Februari.
Berikut adalah cadangan pindaan yang diputuskan:
i. Semakan semula kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin;
ii. Cadangan penubuhan Mahkamah Khas SOSMA bagi memastikan kes-kes di bawah SOSMA tidak tertangguh terlalu lama; dan
iii. Kajian pindaan Seksyen 30 berhubung penahanan sementara menunggu proses undang-undang, selari dengan cadangan pindaan Seksyen 13 mengenai ikat jamin.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas).
Ngeh bertanya sama ada tahanan SOSMA akan dibebaskan juka mahkamah mendengar permohonan dan mendapati tahanan tidak bersalah atau tidak ada bukti terhadap perkara yang menggugat keamanan dan keselamatan negara.
BACA JUGA: MIC anggap cadangan gantung lesen Era FM terlalu keras
Â