Lebih 231,000 kampit beras putih tempatan berada di pasaran hingga semalam

Menurut laporan Sistem Kawalselia Padi dan Beras (SPKB), sebanyak 231,278 kampit beras putih tempatan 10kg telah diedarkan semalam ke 4,029 premis seluruh Semenanjung Malaysia.

Secara keseluruhan 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan – Putrajaya dan Kuala Lumpur menerima bekalan beras putih tempatan ini.

Kedah merupakan negeri yang memperoleh jumlah kampit beras 10kg terbesar. Negeri jelapang padi tersebut menerima 77,601 kampit yang diedarkan ke 422 premis.

Negeri kedua dalam senarai ini ialah Selangor yang menerima 61,096 kampit beras yang telah diedarkan ke 1,692 premis.

Jumlah kampit beras 10kg yang paling sedikit diterima oleh Putrajaya iaitu sebanyak 465 kampit di 9 premis.

Menariknya dua negeri terkecil di Semenanjung telah menerima lebih banyak kampit beras 10kg berbanding negeri – negeri di Pantai Timur.

Perlis berada di tangga keempat dan menerima 15,419 kampit beras yang diedarkan di 67 premis.

Melaka di tangga kesembilan pula memperoleh 5,803 kampit yang diedarkan di 171 premis.

Jumlah kampit beras yang diperoleh Melaka lebih banyak berbanding negeri-negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

BACA JUGA: Siasatan ke atas buku Becoming Hannah: A Personal Journey – ini statusnya

Â