Pasport Malaysia ‘mendunia’ lagi, kini di tangga ke-9 paling berkuasa di dunia
Pasport Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya apabila kini menduduki tempat ke 9 paling berkuasa di dunia menerusi Senarai Kedudukan Kuasa Pasport Global 2025 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Senarai tersebut dikeluarkan oleh Passport Index dengan menilai skor mobiliti keseluruhan yang dimiliki setiap pasport di seluruh dunia.
Malaysia mencatat kenaikan satu anak tangga berbanding tahun lalu di mana Malaysia berada di tangga ke 10.
Dengan rekod baru ini, rakyat Malaysia bebas tanpa visa ke 116 buah negara.
Ia juga menyaksikan Malaysia kini berada di kedudukan kedua ASEAN paling berkuasa di belakang Singapura.
Kedudukan pasport berubah bergantung kepada 3 faktor iaitu penambahan negara dengan akses bebas visa; Perubahan dasar imegresen global; dan faktor ekonomi & diplomasi antarabangsa.
Kedudukan Pasport ASEAN 2025
1) Singapura- No 4 dunia
2) Malaysia – No 9 dunia
3) Brunei – No 15 dunia
4) Thailand- No 53 dunia
5) Indonesia – No 56 dunia
6) Filipina – No 64 dunia
7) Kemboja- No 71 dunia
8) Vietnam – No 72 dunia
9) Laos – No 78 dunia
10) Myanmar- No 82 dunia
BACA JUGA Syed Saddiq bakal terima peruntukan kawasan parlimen Muar