PM anggap pengaruh Tok Mat sebagai Menteri Luar amat kuat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai pengaruh yang kuat sebagai Menteri Luar Negeri.
Dalam ucapannya ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri hari ini, Anwar berseloroh mengatakan ketika dia membuat jemputan, tidak semua duta hadir berbanding dengan jemputan yang dibuat kementerian luar.
Anwar berkata, Wisma Putra yang diterajui Mohamad atau mesra disapa Tok Mat menjadi perhubungan penting dalam membawa visi dan dasar antara Malaysia serta negara luar.
“Saya tak bergurau, ini adalah serius.. saya beritahu kepada menteri luar negeri apabila Perdana Menteri jemput, tidak semua duta datang tetapi apabila Menteri luar yang buat jemputan, saya lihat ramai hadir tanpa gagal.
“Ini secara tidak langsung membuktikan kekuatan dan pengaruh Menteri Luar, tahniah dan sekali lagi terima kasih,” katanya.
Terdahulu Majlis berbuka puasa malam ini dihadiri kira-kira 600 tetamu pelbagai negara termasuk duta besar dan pesuruhjaya tinggi.
BACA JUGA Majlis Agama Islam Narathiwat dedah remaja 14 tahun pun ada ke Thailand untuk bernikah
Â