PRN Sabah: Warisan sahkan bakal bertanding solo
Parti Warisan mengesahkan akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Sabah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sehingga kini tiada sebarang bentuk kerjasama yang dibuat dengan mana-mana parti dan Warisan selesa bergerak sendiri.
Menurutnya, Warisan adalah parti berbilang kaum untuk semua dan sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.
“Kita nyatakan tidak pernah ada perbincangan, keputusan, bergabung dengan mana-mana parti setakat ini.
“Warisan akan bertanding secara solo dan kita tawarkan keupayaan kita… mungkin kita tidak banyak duit, tetapi pemimpin-pemimpin orang Sabah di sini, tidak kira bangsanya semuanya di sini
“Kita menyatakan bahawa keupayaan kita untuk meletakkan Sabah dan rakyat Sabah di landasan yang sepatutnya…” kata Ahli Semporna itu dalam Majlis Berbuka Puasa malam tadi.
BACA JUGA ‘Terbaik Tan Sri!’, warganet sokong KSN turun padang terjah UTC Kuantan