Selangor sedia bantu keluarga pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan negeri Selangor sedia menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar yang terlibat dalam nahas jalan raya di Jordan, kelmarin.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pejabat beliau telah berhubung dengan waris dan keluarga pelajar yang terlibat serta akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.
“Insya-Allah kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan terhadap keluarga pelajar terbabit.
“Marilah bersama sama kita berdoa agar pelajar tersebut dipermudahkan urusan dan pulih seperti sediakala, Insya-Allah,” ujarnya di Facebook.
Nahas kemalangan di Jordan melibatkan dua orang pelajar Selangor iaitu Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza.
Sumayya dilaporkan mengalami cedera ringan manakala Fatimah Nuha dilaporkan mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut.
BACA JUGA Ahmad Samsuri nasihat ahli Pas jaga akhlak, jaga adab
Â