Ada sebab pelanggan tak singgah, rupanya ramai serik ‘terkena’ di bazar Ramadan

Seorang peniaga bazar Ramadan di Jalan Kebun, Shah Alam berkongsikan video keadaan gerai jualannya yang didakwa tidak disinggahi pelanggan walaupun sudah pukul 7 petang.

“Lumrah berniaga, rezeki Allah bagi, insya Allah tawakal,” kata Mizal Famiz di TikTok dengan hampir 600,000 tontonan setakat ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai berkongsikan pengalaman termasuk sudah serik ‘terkena’ di bazar Ramadan apabila makanan atau minuman yang dibeli sudahlah mahal tetapi tidak sedap.

Malah, warganet mengeluh apabila makanan yang dibeli di bazar Ramadan rupanya telah basi dan dicemari lalat.

“Ni contoh ye, air balang RM7 memang saya tak beli. Tahu harga barang naik tapi kalau harga macam tu memang krik, krik, krik (tak beli).

“Teruk bazar sakarang harga mahal. Lauk dan nasi tak masak, kuih bentat. Saya masak sendiri je.

“Puasa pertama beli air tembikai masam dah tak elok. Langsung tak boleh minum. Air dah lah mahal.

“Hmmm… saya banyak kali beli ayam madu rasa basi,” demikian antara keluh warganet.

Dalam masa sama, ada berpendapat faktor terlalu ramai penjual dan orang buat kuih menyebabkan tawaran sudah terlalu melebihi permintaan.

Sehubungan itu, pengguna mengingatkan makanan yang sedap dengan harga berbaloi sebagai sifir mudah untuk penjual tidak hampa dengan sambutan dingin pelanggan.

“Kalau dah pukul 7 petang, buat promosi 50% pasti orang beli. Biar rugi sikit daripada tak laku terus,” kata Md Zan Rahman pula.

BACA JUGA PM anggap pengaruh Tok Mat sebagai Menteri Luar amat kuat

Â