Apa ada pada nota sembilan halaman dari Tong? Najib dah diberi amaran tentang Jho Low
Genap 10 tahun lalu, pemilik akhbar niaga The Edge, Tan Sri Tong Kooi Ong telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas Perdana Menteri berkenaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penganalisis politik, Fathi Aris Omar berkongsikan imej dan butiran mengenai nota yang memberi amaran kepada Najib mengenai peranan Jho Low dalam skandal 1MDB.
“Dalam pertemuan inilah, Najib diberi amaran bahawa skandal kewangan terbesar ini boleh membawa kesan negatif kepadanya. Tetapi kelihatannya Najib enggan mendengar amaran itu.
“Pada bab 8 buku Behind the Stories, Tong menjelaskan usahanya, sidang pengarang The Edge, adik PM TS Nazir Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad membongkar skandal berbelit-belit ini.
“Foto nota taklimat bertulisan tangan kepada Najib ini dimuatkan pada halaman 266. Tong juga menjelaskan ringkasan beberapa halaman tersebut,” tulis Fathi.
Berikut perincian mengenai setiap halaman nota tersebut yang mulanya diserahkan kepada Najib ketika taklimat di premis peribadinya di Jalan Duta, Kuala Lumpur:
Halaman 1: Hutang 1MDB terlalu besar, tidak dapat ditampung aset yang dimiliki syarikat itu.
Halaman 2: Bagaimana Jho Low cipta PetroSaudi pada 2009 bagi mencari dana tunai RM1.2 bilion bagi menutup hutangnya dengan bank RM716 juta dan juga membeli saham UBG.
Halaman 4 dan 5: Carta aliran tunai, siapa dapat apa, berapa banyak (duit), nombor akaun dan nama bank. Juga apa peranan Jho Low, Tarek Obaid, Patrick Mahony dan Seet Li Lin.
Halaman 6 dan 7: Bukti (hasil siasatan Tong) PetroSaudi International Ltd (Seychelles) itu milik Jho Low, bukannya dikawal PetroSaudi.
Halaman 8 dan 9: Salinan fotokopi petikan emel dalaman PetroSaudi membincangkan bagaimana Tarek apabila berjumpa Najib. Salinan ini ada pada muka surat 267 buku Behind the Stories.
Untuk rekod, Tong mendedahkan dalam bukunya, “Behind The Stories” bahawa beliau secara rahsia memberikan maklumat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, yang membawa kepada siasatan terhadap 1MDB.
Pengerusi Eksekutif The Edge Media Group, yang menerbitkan penerbitan perniagaan dan kewangan di Malaysia dan Singapura itu memang sudah rapat dengan Najib.
BACA JUGA Enam pencapaian hebat PM Anwar yang tidak boleh dinafikan
Â