Enam pencapaian hebat PM Anwar yang tidak boleh dinafikan

Pengurus Dana Bertauliah, Datuk Dr Nazri Khan menyenaraikan enam pencapaian hebat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang mengemudi Kerajaan Persekutuan.

Nazri yang juga dikenali sebagai DDNK berpendapat kestabilan politik dan pembangunan ekonomi merupakan perkara yang berlaku sepanjang pentadbiran PMX setelah berkhidmat sejak 24 November 2022.

Menerusi TikTok, beliau menyenaraikan enam perkara hebat yang Perdana Menteri Anwar lakukan di negara ini:

1) Menstabilkan politik Malaysia sejak dua tahun setengah. Ini pencapaian paling hebat untuk membawa keyakinan kepada pelabur.

2) Pertumbuhan ekonomi tertinggi sejak 2017. Tahun 2023 pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus.

3) Pelaksanaan gaji minimum naik dari RM1,500 kepada RM1,700. Beri manfaat kepada 4 juta pekerja. Purata pendapatan pada 2024 adalah RM3,700 merupakan tertinggi sejak 10 tahun lepas.

4) Rekod pelaburan asing meningkat terutama dalam semikonduktor dengan kebanyakan FDI dari China dan Amerika Syarikat (AS).

5) Menstabilkan ringgit mencecah paras paling kuat hingga 4.1 pada September tahun lalu. Sebelum ini, ringgit paling lemah 4.8.

6) Tumpuan kepada ekonomi digital dan pembangunan Kecerdasan Buatan (AI). Antaranya, pelaburan bernilai RM20 bilion oleh konglomerat Malaysia, YTL di Johor. Google pula melabur membina pusat data (DC) di Elmina Business Park (EBP) manakala Microsoft melabur sebanyak RM10 bilion termasuk membina infrastruktur digital dan mewujudkan peluang kemahiran AI.

@datodrnazrikhan

ENAM BENDA HEBAT ANWAR IBRAHIM BUAT DALAM EKONOMI APAKATA KORANG SETUJU ?? #DDNK #AnwarIbrahim #TurmoilToTriumph #MalaysiaTop30Dunia

♬ original sound – DDNK – DDNK

BACA JUGA Ada sebab pelanggan tak singgah, rupanya ramai serik ‘terkena’ di bazar Ramadan

Â