Ini sebabnya raih kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah cecah RM184.8 bilion
Sebanyak RM184.8 bilion hasil cukai langsung yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikutip bagi tempoh 2024.
Rekod nilai tertinggi itu menyaksikan peningkatan RM1.46 bilion berbanding tempoh sama pada 2023.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu dicapai ekoran ketegasan LHDN yang tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak khususnya peringkat atasan seperti golongan maha kaya daripada terlepas melaksanakan pembayaran cukai.
“Selalunya kalau kita lihat kebocoran itu tidak diperingkat kecil, sebab itu saya masih ingat sewaktu membuat kunjungan pertama di Jabatan Hasil Dalam Negeri semasa menjadi Menteri Kewangan pada 90-an, saya akan berikan sokongan (tindakan tegas).
“Baru-baru ini, sejak tahun lalu juga, buat julung kali, tokoh korporat utama tanpa kecuali semuanya juga berminat untuk penuhi tanggungjawab dan membayar hasil,” katanya pada Majls Sambutan Hari Hasil ke-25 di Menara Hasil hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya urut memberi sokongan kuat kepada LHDN sehingga tiada pihak berani merayu kepadanya berkaitan kutipan cukai tersebut.
Anwar berkata, situasi itu turut mencerminkan integriti tinggi yang ada pada LHDN dalam melaksanakan tugas berkenaan.
BACA JUGA Apa ada pada nota sembilan halaman dari Tong? Najib dah diberi amaran tentang Jho Low