Penghormatan Terakhir Buat Almarhum Bakar Haq

BEKAS wartawan Harakah dan blogger Abu Bakar Mohd Rashid meninggal dunia pada 8 Mac 2025 selepas jatuh sebelum berbuka puasa di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Beliau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan Jurufoto WAN ZAHARI SALLEH semasa jenazah disolatkan dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan.

FOTO BERITA: Perjalanan Musafir ke alam Malakut Almarhum Abu Bakar Mohd Rashid (Bakar haq) di Masjid BIlal bin Rabah, Taman Koperasi Polis 1 dan seterusnya ke Tanah Perkuburan Raydatus Sakinah Batu Muda, Kuala Lumpur. 9hb Mac 2025 (Ahad)

Suasana hiba menyelubungi Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis 1, apabila keluarga, sahabat, serta para jemaah hadir hadir menunaikan solat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Abu Bakar Mohd Rashid, atau lebih dikenali sebagai Bakar Haq.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, bekas timbalan menteri, Mohamed Hanipa Maidin dan rakan-rakan Allahyarham Bakar Haq hadir untuk mengiringi pemergian terakhir beliau.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut hadir. Penulis dan bekas wartawan Harakah ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun kemarin ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama bekas petugas awal Harakah

Mahfuz, Mohamd Sabu, Zin Mahmud, Tian Chua, Dr Hatta, Hishamudin Rais dan Abbas Azmi antara yang hadir. Arwah jatuh di kerusi makan di sebuah restoran dekat Kuala Lumpur selepas menguruskan majlis berbuka puasa bekas kumpulan pengasas akhbar Harakah, media rasmi Pas.

Rakan taulan Bakar hadir untuk mengiringi pemergian beliau.

Pak Aziz, antara veteran yang datang. Selepas solat jenazah di masjid, jenazah Almarhum dibawa ke Perkuburan Raudatus Sakinah, Batu Muda, diiringi dengan bacaan talqin & doa mereka yang hadir. Almarhum dikenali sebagai seorang insan yang penyayang, rendah hati, dan banyak berbakti kepada masyarakat menerusi pena

Hishamuddin Rais membacakan surah Yassin untuk Bakar. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Solat jenazah diadakan di Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis 1, Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum kemudian dibawa ke Perkuburan Raudatus Sakinah, Batu Muda, diiringi dengan doa dan linangan air mata mereka yang hadir. Almarhum dikenali sebagai seorang insan yang penyayang, rendah hati, dan banyak berbakti kepada masyarakat.

Perjalanan terakhir Abu Bakar Mohd Rashid atau lebih dikenali Bakar Haq. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudatus Sakinah, Taman Batu Muda.

Doa untuk Abu Bakar… semoga rohnya diterima Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Datuk Mahfuz Omar menaburkan bunga di atas kubur Abu Bakar. Semoga rohnya diterima Allah.

BACA JUGA Abu Bakar Rashid meninggal di depan sahabat karibnya Mohamad Sabu

Â