Belum apa lagi Pas nak ‘cekik’ RM50,000 daripada rakyat

Tindakan Pas melancarkan Tabung Dana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan sasaran kutipan sebanyak RM50,000 dilihat mengundang kecaman.

Seorang TikTokers berpendapat rayuan sumbangan untuk bantuan tidak mustahil akan dilakukan Pas lagi sekiranya menang dalam PRK yang dijadualkan bulan depan itu.

“Kalau beginilah kamu nak menang di Perak, usah haraplah. Belum apa-apa lagi, kamu dah minta RM50,000. Kamu nak ‘cekik’ rakyat.

“Kalau menang nanti, kamu buka pula tabung untuk Pusat Khidmat, pasang penghawa dingin, sofa,” tempelaknya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat adalah lebih baik pengundi di N.48 Ayer Kuning memilih parti yang menerajui kerajaan negeri pada masa ini.

“Kita beri undi sebab nak senangkan kita minta bantuan… nanti mesti beri alasan peruntukan tiada.

“Lebih baik pilih parti yang selari dengan kerajaan negeri,” tambahnya lagi.

Hari ini, Pas sudah menghantar lebih empat calon bertanding dengan kesemuanya berusia kurang 50 tahun.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Muhammad Noor Farid Zainal sebagai calon di DUN Ayer Kuning.

Calon Pas itu bagaimanapun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Ishsam Shahruddin yang memperoleh 9,088 undi.

Muhammad Noor Farid mendapat 6,812 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Nazri Hashim (6,875 undi).

Sementara itu, K Bawani dari Parti Sosialis Malaysia memperoleh 586 undi dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya mendapat 105 undi.

BACA JUGA SKMM kompaun Era FM RM250,000 muat naik kandungan jelik melampau

Â