Apa hukum sengaja tak bayar saman trafik dalam Islam? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, jika seseorang dikenakan hukuman berbentuk saman untuk memberi peringatan atau untuk mengelak mudarat kepada orang lain, hutang itu wajib dibayar.
Beliau berkata, dalam Islam ada saman yang tidak boleh jika tidak dibayar.
Contohnya ketika melanggar lampu merah dan menyebabkan kemalangan, maka di sisi agama seseorang itu berhak didenda.
“Jika dia disaman kerana melakukan kesalahan dan hukuman itu dikenakan untuk memberi maslahat atau untuk mengelak mudarat, hutang itu wajib dibayar.
“Kalau saman itu menindas, menzalimi rakyat hutang itu tak wajib dibayar,” katanya dalam satu ceramah disiarkan di YouTube.
“Ada saman yang jika kita tak bayar, tak boleh dalam Islam kerana awak melakukan kesalahan yang dalam Islam juga dianggap berat.
“Contoh langgar lampu merah yang menyebabkan orang lain kemalangan. Maka awak disaman, awak berhak didenda disisi agama juga. Wajib bayar,” kata beliau dalam video lain pula.
Harapan Daily mengambil video ceramah itu sebagai rujukan kepada cerita yang sedang hangat ketika ini berkaitan presiden sebuah parti Islam yang didakwa memiliki jumlah saman tidak berbayar sehingga berbelas ribu ringgit.
Jumlah saman pemimpin itu didakwa berjumlah RM15,550 dengan 73 jenis saman pelbagai kesalahan jalan raya.
Tangkap layar jumlah saman turut dimuat naik pengguna media sosial yang mendakwa ia diperoleh selepas membuat semakan di laman rasmi PDRM.
Sementara itu Jabatan Mufti Negeri Selangor pula menjelaskan, sekiranya saman yang dikenakan adalah kesalahan yang boleh memberi kesan buruk kepada orang lain, maka ia adalah wajib untuk membayar saman tersebut.
Dan jika, tiada ketetapan saman itu terlangsai sekiranya penama saman meninggal dunia, maka ia dikira hutang yang perlu dilangsaikan oleh waris.
Ini kerana saman yang telah dikenakan termasuk dalam undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah.
BACA JUGA Netizen persoal prof ini selepas dakwa bantuan STR kecil berbanding kasut RM700
Â