Ini dia 8 sebab mengapa PNB melabur di dalam Sapura Energy Bhd menerusi MDH

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengutarakan lapan sebab di sebalik keputusan pelaburan di dalam Sapura Energy Berhad (SB) menerusi Malaysia Development Holdings (MDH).

Menurut PNB dana sebanyak RM1.1 billion akan digunakan untuk membayar pembekal tempatan sahaja dan dana ini ini adalah untuk lebih 2,000 pembekal tempatan dan 59.000 pekerja teras industry minyak dan gas.

Pelaburan ini juga penting kerana SEB merupakan penyedia perkhidmatan kritikal industry minyak dan gas Malaysia.

“Memelihara SEB dan ekosistem minyak dan gas yang lebih luas adalah penting untuk kesinambungan projek yang menyumbang kepada hasil dan jaminan tenaga negara.

“Inisiatif ini memastikan kestabilan dan kemajuan keseluruhan rantaian nilai Minyak dan Gas Malaysia.”

Pelaburan ini akan memastikan kerja minyak dan gas negara akan terus dilakukan oleh rakyat Malaysia, memberi manfaat kepada GNI Malaysia sebanyak 1.1bilion dan memberi kesan positif kepada kadar pertukaran mata wang Malaysia.

Langkah ini juga akan menyelesaikan isu penstrukturan korporat dan hutang terbesar di Malaysia yang akan mengelakkan pembubaran SEB.

Tindakan pelaburan yang besar ini adalah selaras dengan amalan terbaik penstrukturan global.

Pihak SEB pula pula terlah menjalankan proses ketekunan wajar undang-undang dan kewangan bersepadu.

Pelaburan yang dibuat ini selari dengan amalan negara lain yang mahu memelihara industri strategik mereka

Pelaburan menerusi MDH ini akan menjana pembayaran keuntungan tetap dan boleh ditebus dengan opsyen saham.

BACA JUGA: RM1.1 billion untuk Sapura Energy bukan bailout, ia penstrukturan semula

Â