Isu 3 DJ Era: PM seru nokhtahkan perselisihan, fokus bersama jadi ejen perpaduan

Rakyat Malaysia diseru untuk menoktahkan perselisihan dan bergerak ke hadapan dalam memastikan keadaan rakyat dan negara sentiasa dalam keadaan baik dan saling hormat menghormati.

Ia susulan kes tiga penyampai radio Era FM yang dikritik kerana didakwa meniru tarian Kavadi Hindu yang dianggap suci sambil melaungkan “Vel Vel”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada mana-mana pihak yang telah menghentikan sebarang unsur negatif atau cubaan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

“Semalam PM telah menghadiri Majlis Iftar Bersama Pengamal Media dan dalam majlis tersebut, PM telah bertemu trio DJ Era FM di mana PM sudah beri nasihat kepada mereka dan berpesan sentiasa bawa mesej perpaduan dalam tugasan harian mereka.

“Alhamdulillah, mesej PM bukan saja menjurus kepada mereka namun kepada semua pihak agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan MADANI menyatukan seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum dan bangsa,” katanya.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mewakili Anwar.

Pada masa sama, Anwar telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjelaskan sekali lagi mengenai isu kompaun terhadap pengendali stesen radio Era FM.

“PM ingin tegaskan bahawa semua pihak perlu faham akan perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan sebelum ini hatta berlakunya perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan.

“Sebarang tanggapan atau perkongsian maklumat tidak tepat akal hal ini, akan hanya mencetuskan persepsi tidak sihat tatkala kita semua dituntut untuk terus menyemai benih keharmonian dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.

BACA JUGA Siapa rakam video tular Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan?

Â