Persidangan Agung UMNO 20-23 Ogos ini

Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan bahawa Persidangan Agung UMNO akan berlangsung dari 20 hingga 23 Ogos.

Mesyuarat Perwakilan UMN Bahagian pula akan berlangsung dari 9 Jun hingga 27 Julai manakala persidangan UMNO cawangan pula akan bermula pada bulan depan dari 7 April hingga 25 Mei.

Dalam pada itu, parti Melayu tersebut turut mengambil ketetapan berhubungan sensitiviti agama, kaum dan institusi Raja Melayu.

“UMNO menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka. Keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan.

“UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara terutamanya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan.

BACA JUGA: Isu 3 DJ Era: PM seru nokhtahkan perselisihan, fokus bersama jadi ejen perpaduan

Â