Acah terlanggar wanita muda di bazar Ramadan, lelaki ini dah dapat ‘habuan’
Tular di media sosial aksi seorang lelaki bertopi acah-acah terlanggar beberapa wanita muda di Bazar Ramadan Lurah Semantan,Temerloh, Pahang.
Perangai mencabul gaya baharu itu sempat dirakam sebelum dikongsi menerusi aplikasi TikTok yang dikenali sebagai @zackRazBundle.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, suspek berusia 41 tahun itu sudah ditahan semalam.
Jelasnya, pihak polis setakat ini menerima laporan daripada tiga wanita berusia antara 23, 26 dan 27 tahun, masing-masing seorang peniaga, juruwang dan jurujual.
“Tiga wanita terbabit mendakwa dicabul suspek ketika berjalan untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar terbabit pada 6 dan 10 Mac lalu, ” katanya.
Beliau berkata, suspek secara kasar dan sengaja melanggar badan wanita berkenaan sambil mengambil kesempatan menyentuh beberapa bahagian badan mangsa.
“Suspek kemudian ditahan oleh orang ramai sebelum anggota Balai Polis Temerloh pergi ke tempat kejadian menahan semula lelaki itu pada 5.30 petang semalam,” jelas Mazlan.
BACA JUGA Harga emas antara tertinggi tahun ini
Â