Harga emas antara tertinggi tahun ini
Harga emas 999 untuk hari ini adalah RM 453 segram iaitu antara tertinggi bagi tahun ini, menurut laman web Public Gold.
Untuk rekod, harga emas tertinggi bagi 2025 setakat ini dicatatkan pada 14, 19 dan 20 Februari dengan harga RM455 segram.
Sementara itu, harga emas terendah pula direkodkan pada 1 Januari lalu dengan harga RM 409 segram.
Harga emas kekal berdaya tahan terhadap krisis kewangan global dan geopolitik, pelindung nilai terhadap inflasi selain mudah dicairkan untuk dana kecemasan.
Berbanding kelas aset yang lain, emas terbukti berjaya mengekalkan nilai intrinsik dan kestabilannya sejak sekian lama.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA Selepas sijil cuti sakit berakhir, PM9 bertandang ke SPRM
Â