Selepas sijil cuti sakit berakhir, PM9 bertandang ke SPRM
Selepas sijil cuti sakit (MC) berakhir, bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertandang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kehadiran Ahli Parlimen Bera berkenaan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Ismail, 65, yang merupakan suspek bagi siasatan kes itu dilapor tiba di pintu masuk pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9.45 pagi tadi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Ismail dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan jam 10 pagi hari ini.
Sebelum ini, SPRM dilapor sudah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Dalam masa terdekat, 23 lagi saksi baharu dikenal pasti akan dipanggil bagi memberi keterangan.
BACA JUGA Suntikan RM1.1 bilion dalam Sapura Energy, ini penjelasan terkini PM
Â