Pas kena perli ‘tak cukop jumloh’ selepas cuba ‘tunggang’ isu kelapa

Pas yang cuba ‘menunggang’ isu bekalan kelapa yang tidak mencukupi dilihat hanya mengundang perli netizen termasuk menyebut mengenai ‘cukop jumloh’.

Awalnya Pemuda Pas secara sinis bertanyakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang mesra dipanggil ‘Bang Mat’.

“Lagi berapa hari nak raya, apa khabar bekalan kelapa, Bang Mat?” menurut hantaran di Facebook rasmi sayap pemuda pembangkang itu.

Hantaran sama turut berkongsikan tajuk satu laporan berita bertarikh 28 Disember 2024 mengenai jaminan menteri berkenaan bekalan kelapa.

Rata-rata menempelak Pemuda Pas yang disifatkan cuba untuk ‘menunggang’ isu kekurangan bekalan kelapa yang bukan hanya berlaku di negara ini sahaja.

“Kelapa cukup. Yang tak cukup jumlohh je.

“Kelapa dah cukopp jumlohhh.

“Tunggang kelapa pun jadi,” demikian antara sindiran warga maya.

Ungkapan “cukop jumloh” sinonim dengan Pas apabila Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini kerap mendakwa bahawa pembangkang sudah “cukup jumlah” untuk membentuk kerajaan.

Hadi mendakwa PN sudah cukup sokongan untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 (2022) tetapi akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Berhubung bekalan kelapa, kerajaan membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa iaitu peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Jumlah tersebut bagi menampung keperluan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan itu di seluruh negara, sejak Januari lalu.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan seluruh dunia mengalami masalah kekurangan bekalan kelapa ekoran musim melawas.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri dilapor berkata, penambahan pengeluaran dijangka menstabilkan bekalan kelapa di seluruh negara, terutama bagi menampung keperluan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.

BACA JUGA ‘Susahnya’ hidup pembangkang, terbongkar dah harga basikal dan kasut MP PN ini

Â