‘Susahnya’ hidup pembangkang, terbongkar dah harga basikal dan kasut MP PN ini

Ketika pembangkang menuntut mahukan peruntukan, terbongkar pula gaya hidup ‘kayangan’ seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Harga basikal yang digunakan wakil rakyat berkenaan rupanya lebih mahal daripada Perodua Axia E yang dikenali sebagai ‘Axia Rahmah’.

Pencarian warganet mendapati basikal berprestasi tinggi yang direka khas untuk perlumbaan dan kayuhan berkelajuan tinggi itu mencecah hampir RM36,000.

Angka itu jauh lebih mahal apabila dibandingkan dengan kereta Axia Rahmah yang ditawarkan pada harga RM22,000 tanpa insurans.

Semakan mendapati basikal ‘kayangan’ itu merupakan antara basikal pilihan bagi pelumba profesional.

Ia menggunakan sistem gear elektronik SRAM Force eTap AXS yang memberikan pertukaran gear yang pantas dan tepat tanpa kabel mekanikal.

Warganet turut ‘menyiasat’ harga kasut sukan berwarna putih yang dipakai ahli politik berkenaan semasa menunggang basikal puluhan ribu ringgit itu.

Kasut yang direka khas untuk pelumba basikal profesional dan kompetitif dengan kayuhan jarak jauh dan berintensiti tinggi itu berharga RM1,075 di pasaran.

Sebelum ini, ahli Parlimen pembangkang menuntut kerajaan Madani menyalurkan peruntukan.

Ada dalam kalangan mereka kononnya terpaksa menggunakan wang simpanan serta gaji sendiri untuk membantu rakyat dan menampung kos operasi pusat khidmat.

Walau bagaimanapun, pembangkang menolak Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sebelum ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin berkata, syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.

Susulan itu, Perdana Menteri menempelak penolakan pembangkang terbabit tetapi menyatakan bahawa ruang perbincangan antara kerajaan dan pembangkang berhubung perkara itu sentiasa terbuka.

BACA JUGA Acah terlanggar wanita muda di bazar Ramadan, lelaki ini dah dapat ‘habuan’

Â