Dua bekas PM sokong biaya RM1.1 billion untuk Sapura Energy
Dua bekas perdana iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan sokongan mereka kepada rancangan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pelaburan strategik ke dalam Sapura Energy.
Dr Mahathir berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan kejatuhan syarikat itu memberi kesan kepada ekonomi dan tenaga kerja.
“Kalau mereka buat kajian dahulu dan ada sebab, (kerajaan) boleh bantu. Jangan kita bagi sesuatu syarikat itu mudah jatuh.
“Namun, kena tentukan wang yang diberikan itu digunakan dengan baik,” katanya kepada media semalam.
Sementara itu Najib menerusi laman Facebook berharap suntikan RM1.1 billion yang diberikan menerusi SPV – Malaysia Development Holding Berhad akan memulihkan Sapura Energy.
“Moga Sapura pulih sepenuhnya dalam masa terdekat untuk terus maju jaya. All the best,” kata beliau.
Suntikan RM1.1 billion ini adalah bertujuan untuk membolehkan syarikat minyak dan gas ini melunaskan tunggakan kepada lebih 2,000 vendor dan menjalani penstrukturan semula.
BACA JUGA: Ini dia 8 sebab mengapa PNB melabur di dalam Sapura Energy Bhd menerusi MDH