Guan Eng pertahan kedudukan dalam CEC DAP

Walaupun menerima jumlah undi yang lebih rendah berbanding sebelumnya, Lim Guan Eng berjaya mempertahankan kedudukannya dalam kepimpinan DAP.

Penyandang jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP berkenaan terus berada dalam barisan 30 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pemilihan yang berakhir petang tadi.

Anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang itu dipilih semula menganggotai CEC selepas memperoleh 1,719 undi untuk berada di tangga ke-26.

Keputusan itu diumum pada Kongres Kebangsaan Ke-18 DAP di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), Shah Alam.

Sebelum ini, wujud desakan daripada beberapa pemimpin DAP agar Lim Guan Eng berundur daripada jawatan disandangnya.

Seramai 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Sebanyak 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan bagi memilih barisan kepimpinan DAP untuk penggal 2025 hingga 2028.

BACA JUGA Ini sebabnya PM sebut Revolusi Perancis dalam Kongres DAP