Malaysia akan terima 15 orang tahanan Palestin sebagai komitmen negara OIC sokong gencatan
Dalam usaha untuk mengambil bahagian terhadap gencatan senjata di Gaza, kerajaan sedang mempertimbang dan berunding untuk menerima sebahagian kecil atau 15 orang tahanan Palestin yang menjadi tawanan perang.
Bukan sahaja Malaysia, beberapa negara lain juga termasuk Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) serta Turki, Mesir, Pakistan dan Indonesia juga turut mengambil bahagian.
Syarat genjatan senjata adalah tawanan yang dibebaskan tidak boleh balik semula ke Gaza. Atas sebab itu negara-negara OIC bersetuju membagi-bagikan tawanan perangan.
Dari keseluruhan 380 orang pejuang Palestin yang ditawan, difahamkan Mesir dan Turkiye akan menerima masing-masing 100 orang, manakala Malaysia cuma 15 orang sahaja.
Tindakan dilakukan Malaysia adalah sebahagian komitmen negara OIC menyokong genjatan senjata dan perdamaian di Gaza.
Jumlah tawanan yang diterima negara ini juga lebih kecil berbanding negara-negara lain.
Sebagai negara Islam, Malaysia sentiasa bersama rakyat Palestin dan sama sekali tidak timbul soal mementingkan kebajikan rakyat luar berbanding rakyat sendiri.
Keputusan kerajaan ini juga bukan perkara baharu, kerana Malaysia pernah menerima rakyat dari negara-negara lain yang bergolak sebagai solidariti dan atas dasar kemanusiaan.
BACA JUGA Melampau! Kerajaan gesa polis, SKMM siasat segera individu hina Nabi Muhammad