Nak bagi cadangan, pandangan tu biarlah pakai otak, kata UMNO kepada Pas

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam secara sinis menempelak Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden agar ‘pakai otak’ berhubung langkah menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Lokman mempersoal sama ada wujud atau tidak isu nafsu sewaktu Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad menduduki jawatan Perdana Menteri lebih dua dekad bermula 1981.

“Kalau sayalah jadi PM, saya tak setuju hadkan 10 tahun. Lebih-lebih lagi kalau saka ada dalam badan, boleh hidup sampai 100 tahun. Lagilah kita tak mahu hadkan hanya 10 tahun

“Takkan Putajaya nak buat perkara baik seperti ini dikatakan mengikut selera nafsu.

“Mana otak engkau letak ni, Afnan?

Afnan Hamimi Taib Azamudden

“Habis tu masa zaman penasihat SG4 jadi Perdana Menteri dan berkuasa hingga 22 tahun tu, kira tak ada nafsulah tu?

“Atau pun nafsu dia dah tertutup ketika itu,” kata Lokman menerusi TikTok.

Terdahulu, Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar meluahkan rasa tidak senang dengan usaha Kerajaan Madani menghadkan tempoh individu menjadi Perdana Menteri kepada 10 tahun sahaja.

Afnan boleh pula mendakwa kerajaan kini gigih mahu meminda perlembagaan agar ia dapat “mengikut selera nafsu” Putrajaya.

“Inilah keadaan negara kita sekarang. Nasib kita yang majoriti ditentukan oleh mereka yang asalnya minoriti,” tulisnya di Facebook pada 16 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Lokman mempersoalkan mengapa Afnan sebelum ini tidak pula membangkitkan isu bagaimana anak-anak Mahathir mengumpul kekayaan mencecah bilion ringgit.

“Nak bagi cadangan ke pendapat ke, biarlah pakai otak yang waras. Jangan nampak sangat ‘kegilababian’ tu.

“Ini bukan gila babi. Lebih teruk dari tu, gila hadi dah.

“Sampai anak kaya-raya tak kira bernafsu ke? Mana anak Mahathir yang menjadi millionaire,semua billionaire! Bailout sana, bailout sini. Negara dah macam harta pak dia.

“Rosak habis sistem pentadbiran negara disebabkan kroni dan kepentingan peribadi.

“Itu tidak pula kamu (Afnan) komen dan bangkitkan. Yang 10 tahun ini pula yang dibimbangkan,” tegas Lokman.

Sehubungan itu, Lokman menasihati Afnan tidak usah terlalu bimbang dengan hasrat menghadkan tempoh 10 tahun untuk Perdana Menteri.

“Kenapa risau sangat, sepatutnya sokonglah. Mungkin Perikatan Nasional cemburu sebab cadangan tersebut dilaksanakan pada zaman PMX.

“Macam budak-budak Ketua Pemuda Pas ini. Sebut pasal DAP terus kaitkan kumpulan majoriti dan minoriti.

“Jadi, kepada Afnan Hamimi ni, kamu tak perlulah risau. Selagi kita ada Perlembagaan dan dipayungi oleh Raja-Raja Melayu, apa yang kamu fikirkan itu tidak akan terjadi,” tambah Lokman lagi.

BACA JUGA Nasib Syed Saddiq ditentukan hari ini, apa kata Bella?