Terima kunjungan hormat Klickl, PM yakin Malaysia ada potensi besar dalam teknologi ini
Perdana Menteri pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat pengoperasian kewangan dan aset dalam ekosistem digital dan blockchain, Klickl.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu mereka membincangkan berkenaan perkembangan terkini teknologi blockchain di peringkat antarabangsa termasuk kerangka model dan peraturan yang boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam menambah baik kerangka Malaysia yang tersendiri.
“Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang ini dan boleh memanfaatkan teknologi blockchain dalam pelbagai sektor termasuk sektor perkhidmatan kerajaan industri halal dan tidak terhad dalam sektor kewangan dan aset digital sahaja.
“Dalam konteks yang sama, saya tekankan kepentingan membangunkan bakat tempatan dalam sektor ini supaya pelaburan dalam sektor ini dapat memanfaatkan rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Syarikat Klickl adalah salah satu jenama global paling pesat berkembang yang memberikan penyelesaian infrastruktur untuk ekosistem aset digital.
BACA JUGA ‘Niat jahat Syed Saddiq bermula pada 6 Mac 2020’