TH umum dividen 3.25 peratus, tertinggi dalam tempoh 7 tahun
Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas zakat adalah sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024 sekaligus tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Ia membabitkan jumlah agihan berjumlah RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion tahun sebelumnya.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.5 juta pendeposit TH.
Beliau berkata, ia merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan untuk tempoh tujuh tahun sejak 2018.
“TH telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam di negara ini mengerjakan haji sejak penubuhannya dan turut menanggung Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM2.8 bilion sejak ia diperkenalkan pada 2001,” kata Na’im pada sidang akhbar pagi ini.
BACA JUGA Anak siapa ni? Dua budak perempuan 12 tahun ditahan merempit