Disangka tempat ritual bomoh, dekorasi Aidilfitri ini dihujani sindiran
Perhiasan atau dekorasi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di MRT Ampang Park dilihat menjadi bahan sindiran termasuk menyangka seperti tempat ritual bomoh.
Rata-rata berpendapat dekorasi meraikan bulan Syawal di tempat tumpuan warga kota itu terlalu ringkas serta ada buat syarat sahaja.
Warganet juga menyifatkan dekorasi ‘terpaling minimalis’ itu tidak padan dengan perayaan disambut kira-kira 64 peratus daripada 32.4 juta penduduk yang beragama Islam di negara ini.
Hiasan bertemakan Hari Raya Puasa itu turut dilihat tidak semeriah perayaan-perayaan lain yang disambut di negara ini.
“Dah macam tempat buat ritual.
“Saya yang rabun ni pun dari jauh ingatkan tempat bomoh mana lah.. Kecik nauuu.
“Dah macam rupa main pondok-pondok masa kecil dulu…
“Dah boleh claim 100 tahun, boleh mohon kerajaan tanah free dengan duit pampasan,” demikian antara komentar berbaur sindiran daripada warga maya.
BACA JUGA Kenapa ramai ‘kasihan’ lihat periuk nasi Khairul Aming?