Kenapa ramai ‘kasihan’ lihat periuk nasi Khairul Aming?

Perkongsian video usahawan popular, Khairul Aming yang sedang mencedok nasi dari periuk dilihat menarik perhatian warganet.

Ramai meluahkan rasa ‘kasihan’ melihat telinga periuk nasi itu yang sudah pun ‘cair’ sekaligus menyifatkan Khairul Aming sebagai seorang yang tidak suka membazir.

Warganet berpendapat pempengaruh berkenaan yang tahun lalu mencipta rekod mengaut jualan RM1 juta dalam masa 3 minit 39 saat di TikTok Shop itu hanya mengutamakan perkara yang bersangkut paut dengan hasil mata pencarian.

Anak muda yang menjadi sumber inspirasi kepada usahawan muda di Malaysia itu dipuji kerana beliau tetap menggunakan periuk nasi yang sudah rosak tangkainya asalkan berfungsi.

“Jutawan popular pun pakai periuk macam ni je. Yang marhaen ada yang bergolok gadai beli thermomix lah apalah, akhirnya jadi tukun di dapur,” perli pengguna Facebook, Rizal Rodzuan.

“Telinga periuk pun boleh cair apalagi telinga anak-anak murid kena bebel buat resepi KA tak menjadi,” seloroh Meza Hamid.

“Ciri-ciri jutawan yang tak kisah nak hidup macam mana asalkan dia selesa,” ujar Tazri Mohd.

BACA JUGA Ini sebabnya perlu ambil iktibar daripada politik ekstrem di India