Felda tak boleh hidup dalam ruang selesa, ini sebabnya PMX beri tempoh sebulan
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan untuk pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan pelan dan hala tuju baharu.
Perdana Menteri berkata, Felda tidak boleh selama-lamanya bergantung dengan peruntukan kerajaan sekitar RM1 bilion setahun, dan terus kekal dengan bentuk dan kaedah hala tuju sekarang.
Dalam masa sama, beliau juga memberi jaminan bahawa Putrajaya akan menggerakkan seluruh kekuatan untuk memastikan Felda terus ampuh bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk golongan peneroka, serta ekonomi Malaysia secara keseluruhan.
“Kita (Felda) sudah capai (prestasi kewangan yang baik), tetapi tak boleh hidup dalam ruang selesa.
“Dalam unjuran sekarang, harga lebih baik itu, tapi keadaaan geopolitik belum menentu harus ingat kita supaya lebih berwaspada untuk jangka kemungkinan keadaan yang lebih mencabar.
“Saya beri tempoh satu bulan untk pengurusan kemukakan, pastikan ada (penglibatan) Tan Sri Wahid, pakar-pakar…
“Pastikan seluruh kekuatan jentera baik kerajaan, untuk pastikan kita puas hati dengan pendekatan baru hala tuju baru, supaya dalam masa singkat, kita beri keyakinan kepada ratusan ribu peneroka,” kata Perdana Menteri lagi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri anjuran Felda di Menara Felda, di ibu negara sebentar tadi.
BACA JUGA Felda tak boleh hidup dalam ruang selesa, ini sebabnya PMX beri tempoh sebulan