Ramai terkejut harga telur jatuh mendadak hingga RM5.99 sepapan menjelang Aidilfitri
Harga telur di pasar raya jatuh mendadak menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Orang ramai berkongsi di sosial media harga terkini bekalan itu yang jatuh sekitar RM5.99 untuk sepapan telur gred C berbanding harga asal RM11.40.
Ada beberapa tempat menawarkan harga RM2.99 untuk sepapan telur gred D.
Aeon Mall Ipoh Klebang menerusi pasar rayanya turut menawarkan harga runtuh untuk sepapan telur gred B. Ia dijual pada harga RM8.50 berbanding RM12.
Ramai memuji usaha positif ini yang sedikit sebanyak amat memberi kelegaan kepada persiapan raya umat Islam.
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan pengapungan harga ayam mentah. Hasilnya bekalan itu kekal stabil dan murah di pasar raya.
Selepas pengapungan dibuat, Kerajaan MADANI menambah lagi kelegaan kepada pengguna dengan mengumumkan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C sebanyak 3 sen sebiji.
Untuk rekod, subsidi telur ayam hanya membabitkan gred A, B dan C manakala tiada pengurangan harga untuk gred D dan E.

BACA JUGA Felda tak boleh hidup dalam ruang selesa, ini sebabnya PMX beri tempoh sebulan