Hanya 67 pakar sakit tua di Malaysia?
Malaysia hanya mempunyai 67 pakar perubatan geriatrik.
Dari jumlah tersebut 37 bertugas di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seramai 14 pakar berada di hospital universiti dan 16 lagi di hospital swasta
Kesemua 37 pakar geriatrik bertugas di 20 buah hospital yang mempunyai unit geriatrik.
Geriatrik merujuk kepada kesihatan orang tua.
Tiada khidmat geriatrik di Perlis, Terengganu, Putrajaya dan Labuan.
Perkara di atas telah didedahkan oleh Menteri Kesihatan kepada Senator Dr A Lingeshwaran dalam sesi jawab lisan pada 11 Mac.
Perkara ini penting kerana Malaysia sedang beralih menjadi negara tua dengan peratusan warga 65 tahun ke atas diunjurkan meningkat dari 8.1 peratus pada 2024 kepada 14.5% menjelang 2040.
“Mengikut anggaran penduduk Malaysia menjelang 2030, iaitu 36.6 juta, kita bakal memerlukan 549 pakar geriatik dalam masa 5 tahun lagi.
“Pada kadar penghasilan purata 8 pakar geriatrik setahun, ia adalah mustahil untuk kita mencapai keperluan kita.
“Jelas, KKM kena buat sesuatu mengenai fenomena ini,” katanya.
BACA JUGA: Jabatan Kecemasan dan Trauma seluruh negara siap siaga, beroperasi dengan kakitangan penuh