Jual bunga api boleh kena denda RM121,000
Individu yang menjual bunga api tanpa permit di Dubai semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini bakal dikenakan hukuman berat.
Amaran polis Dubai itu menegaskan pesalah boleh dikenakan hukuman sekurang-kurangnya satu tahun penjara dan denda tidak kurang 100,000 dirham (RM121,000).
Lapor Gulf News, pihak yang terlibat mengimport, mengeksport, mengeluarkan atau menjual bunga api tanpa kebenaran akan berdepan undang-undang yang ketat.
Baru-baru ini, Pendakwa Raya UAE berkongsi cerita tentang seorang lelaki bernama Salem yang memberi anaknya, Mohammed wang untuk membeli bunga api untuk sambutan Aidilfitri.
Mohammed dan rakan-rakannya cuba menyalakan bunga api tetapi mengalami kesukaran kerana angin kencang.
Namun, ketika mereka bergerak lebih dekat untuk menyalakan, berlaku letupan secara tiba-tiba mengakibatkan kecederaan parah sehingga memerlukan rawatan di hospital.
BACA JUGA Kedutaan AS enggan terima memorandum sempena Himpunan Hari Al-Quds Sedunia