Ketika dunia bergolak, pelabur terus percaya kepada Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia telah mencatat rekod pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM378.5 bilion pada 2024.

Beliau berkata ia merupakan suatu peningkatan sebanyak 14.9 peratus dari tahun ke tahun dan jumlah pelaburan itu menjangkau 6,700 projek merentas sektor utama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tengku Zafrul berkata jumlah pelaburan itu dijangka mewujudkan lebih 207,000 pekerjaan baharu.

“Alhamdulillah, rezeki melimpah walaupun ekonomi dunia bergolak, Malaysia tetap steady.

“Pelabur-pelabur percaya dengan kita,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, pelaburan domestik menyumbang RM208.1 bilion (55.0 peratus) manakala pelaburan asing menyumbang RM170.4 bilion (45.0 peratus).

Tengku Zafrul memberitahu Amerika Syarikat mendahului dengan RM32.8 bilion, diikuti Jerman (RM32.2 bilion), China (RM28.2 bilion), Singapura (RM27.3 bilion) dan Hong Kong (RM7.4 bilion).

Sementara itu, jelasnya, Selangor muncul sebagai negeri paling mantap menarik pelaburan dengan RM101.1 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM91.5 bilion), Johor (RM48.5 bilion), Kedah (RM45.8 bilion) dan Pulau Pinang dengan RM32 bilion.

@tzafrul_aziz

Malaysia on fire! 🔥 RM378.5 BILLION pelaburan diluluskan pada 2024. 💰 Rekod tertinggi dalam sejarah. 📈 Naik 14.9% dari tahun lepas. 🚀 #TZA #MITI #PemacuPotensiGlobal #pelaburan

♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz – Tengku Zafrul Aziz

BACA JUGA Jual bunga api boleh kena denda RM121,000