MB Kedah bergambar mesra dengan kedua-dua isterinya tarik perhatian

Video Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang bergambar bersama kedua-dua isterinya mendapat perhatian ramai.

Video berkenaan dimuat naik pengguna TikTok yang merakam gelagat wakil rakyat Pas itu bersama isteri-isterinya.

“Seronok ja tengok MB kita ni, gentlemen teruk Datuk Seri”, tulis individu itu di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang berkata Sanusi seorang pemberani kerana membawa keluar kedua-dua isterinya.

Tidak kurang juga meninggalkan komen, menegur prestasi kerja beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

BACA JUGA Mereka diuji susah cari makan, penguatkuasa diuji kuasa di tangan