PM luang masa balas ucapan kad raya murid, guru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa membaca kiriman kad hari raya daripada para pelajar sempena sambutan Aidilfitri.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur dan gembira atas ingatan yang menceriakan sambutan Aidilfitri beliau sekeluarga.
“Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini.
“Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini,” katanya.
Antara mesej yang mencuit hati adalah daripada seorang pelajar bernama Mohd Riduan Omar Mohd Nazarudin yang meminta Perdana Menteri menandatangani kad rayanya.
“Saya teringin nak tandatangan (Anwar). Baiklah, saya menjawab tandatangan itu,” kata beliau.
Namun, Anwar turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan membalas semua kiriman yang diterima.
“Maaf saya tak dapat balas semua kiriman. Tapi saya amat hargai usaha dan budi baik anak-anak semua. Siap ada yang pesan pula, sila balas, jangan tak balas,” katanya.
Anwar juga dilihat menandatangani kad raya khas darinya sendiri.
BACA JUGA Ini dia penjelasan DBKL di atas penguatkuasaan terhadap penjaja belon tanpa lesen