Lima masuk hospital, 25 cedera ekoran kebakaran di Putra Heights
Lima orang telah dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang ekoran daripada kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pagi ini.
Seramai 25 lagi mengalami kecederaan. Ada mangsa cedera, kelecuran dan susah bernafas.
Dalam perkembangan berkaitan Tenaga Nasional Berhad mengesahkan bahawa bekalan elektrik yang terputus ekoran daripada kebakaran tersebut telah pun dipulihkan.
Kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran paip gas dan saluran paip gas sejauh 500 meter terbakar.
Saluran tersebut telah pun ditutup.
BACA JUGA: Kebakaran berhampiran lebuh raya, apa puncanya?