Hampir kena ‘scam’ kalau tak baca habis, rupanya ini contoh ‘marketing twist’
Gaya pengiklanan sebuah jenama kopi tempatan yang menggunakan nama menyerupai seorang selebriti tersohor tanah air menarik perhatian orang ramai termasuk ada mengakui hampir kena ‘scam’.
Terpampang ungkapan “Zus Coffee kegemaran M Nasir” di papan iklan gergasi disusuli dengan nota kecil (disclaimer).
Rupanya “M Nasir” yang dimaksudkan pada billboard itu sebenarnya seorang guru Matematik di Alor Setar yang suka berkaraoke bukannya penyanyi dan komposer terkenal, M. Nasir.
Semakan mendapati ‘marketing twist’ atau ‘bait and switch marketing’ itu merupakan strategi pemasaran yang menggunakan elemen kejutan dan kelucuan untuk menarik perhatian.
Strategi itu berfungsi kerana orang ramai akan menyedari kweujudan iklan tersebut kerana nama M. Nasir sangat dikenali.
Dalam masa sama, strategi tersebut mencetuskan rasa ingin tahu dan setelah melihat nota kecil tersebut, orang akan rasa terhibur dan bercakap mengenainya.
Kaedah ‘viral marketing’ juga menekankan elemen kejutan dan humor membuatkan orang berkongsi iklan ini di media social dan memberikan publisiti percuma kepada jenama.
Ia seakan-akan strategi pemasaran “clickbait”, tetapi dilakukan dengan cara yang kreatif dan tidak menipu, sebaliknya bermain dengan persepsi khalayak.
BACA JUGA Kebakaran paip gas: Ini status terkini, 13 mangsa rupanya di zon merah