Perangai ‘siput babi’ di lorong kanan ini mengundang kecaman

Satu rakaman dashcam menunjukkan pemandu yang boleh digelar sebagai ‘siput babi’ dilihat menghalang kenderaan laju apabila selamba memandu 60 km/j di lorong paling kanan.

Walaupun begitu, ‘lane hogger’ iaitu penghalang yang berada di lorong memotong itu kendengaran memarahi pula pemandu sebuah kereta berwarna putih yang nyaris berlanggar.

“Dia bukan main laju di belakang, itu yang saya brake, pergi himpit ke sini (lorong kanan).

“Dia potong ke tengah, jalan licin, nyaris nak kemalangan,” rungutnya kepada wanita dipercayai isterinya yang sebelum itu bertanya apa sebenarnya terjadi.

Rata-rata mengecam sikap pemandu yang mementingkan diri itu termasuk mengingatkan agar jangan terus menjadi ‘lane hogger’ apalagi selepas pengguna jalan raya lain memotong.

Disebabkan sikap pemandu seperti itulah, ada yang mengambil inisiatif sendiri memotong di lorong tidak sepatutnya.

Sehubungan itu, sempena musim sambutan Syawal ini, warganet turut menasihati pemandu supaya berada di lorong kiri jika mahu memandu santai.

“Spesis macam ni yang aku benci.Lagi-lagi kalau orang dah bagi high beam dan bunyikan hon tapi buat tak tau.

“Pernah terjumpa spesis macam ni, bagi high beam sebab dia memandu perlahan, dia bagi aku potong, lepas tu dia pulak duk cucuk belakang. Eh, tau pula bawa laju!” kata netizen.

BACA JUGA Bila dapatan siasatan letupan paip gas mula diumum? Ini penjelasan MB Selangor