Demi maruah keluarga yang dicerca…
Keluarga anak angkat Menteri Sumber Manusia Steven Sim telah memulangkan sumbangan RM100 dari MP Permatang Pauh Fawwaz Mohamad Jan ekoran tularnya satu video di media social.
Perkara ini didedahkan oleh pegawai khas Sim, Rosly Yusof menerusi Facebook dimana dia turut berkongsi tangkap layer perbualan WhatsApp dengan bapa remaja tersebut.
“Demi maruah keluarganya yang dicerca gara-gara RM100.00, Pakcik Rusli (ayah remaja itu) telah memulangkan kembali duit sumbangan YB Permatang Pauh (Fawwaz Jan).
“Satu repot polis juga akan dilakukan dan seterusnya proses tindakan undang-undang akan menyusul selepas itu,” kata Rosly.
Video yang tular memaparkan seorang penyokong Pas mendakwa bahawa anak angkat tersebut menerima bantuan Fawwaz, bukan Sim.
Rosly mengesahkan bahawa remaja tersebut menerima elaun bulanan RM200 di bawah program Anak Angkat YB sepanjang tempoh pengajiannya di Melaka.
Sim mengambil anak angkat tersebut pada tahun lalu dan berjanji membantu dalam pengajiannya meskipun keluarga tersebut menetap di Permatang Pauh.
BACA JUGA: ‘Jangan biadab nak maki anak angkat saya’, Steven Sim tegur penyokong Pas