PM arah bantuan, koordinasi diselaras secara langsung dengan MB Selangor, Petronas
Perdana Menteri mengarahkan agar segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi berkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta pihak Petronas.
Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu hantaran berkata, langkah ini bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.
“Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor industri amat penting dalam menangani situasi ini dengan segera dan
menyeluruh.
“YAB Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan dan dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan dan keselamatan yang sedang dilaksanakan,” katanya.
BACA JUGA Penjaja belon rupa-rupanya ada rekod jenayah lampau babit kes dadah?