MP PN ‘claim’ pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Selangor
Seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dihujani kecaman warganet apabila dengan selamba menganggap pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Selangor adalah kerana tegurannya.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor menerima tegurannya walaupun diserang ‘gerombolan laskar siber’ yang mempertahankan penganjuran program yang dijadualkan berlangsung hari ini di Bandar Baru Bangi.
“Tengok-tengok hari ini (semalam) Menteri Besar Selangor dan Perdana Menteri pun setuju dengan teguran ikhlas saya ini,” kata Ahli Parlimen Machang itu menerusi platform X.
Dia turut melampirkan suntingan tangkap layar tertera ungkapan, “Semalam kami tegur… Terima kasih PMX kerana dengar nasihat”.
Menjengah ke ruangan komentar, ramai mengkritik dan menyindir wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bahawa keputusan tersebut bukan kerana teguran pembangkang.
Sebaliknya, pembatalan majlis sempena Syawal itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PMX bukan dengar nasihat kamulah! Madani sesungguhnya prihatin. Tak malu betul claim itu, claim ini.
“Kalau betul PMX dengar nasihat kau, lama dah PMX cetak duit banyak-banyak. Jadi, jangan perasan lah.. Bahagian Machang pun kau dapat undi 26 undi banding 103 undi.
“Dia muncul lagi nak jadi hero… Tak tahulah jenis syok sendiri atau macam mana,” demikian sindiran warganet.
BACA JUGA ‘Terima kasih MB sempoi’, dah lebih 10 tahun rupanya…