‘Terima kasih MB sempoi’, dah lebih 10 tahun rupanya…
Digelar ‘MB Sempoi’ oleh penyokongnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat gagal menangani masalah gangguan bekalan air di Taman Selat, Kuala Kedah sejak lebih 10 tahun lalu.
Seramai 29 keluarga melibatkan kira-kira 150 penduduk di taman perumahan itu mendakwa mereka terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan bekalan air terputus sejak dua hari terakhir Ramadan.
Masalah kini menjadi lebih meruncing apabila penduduk terpaksa berjaga malam menadah air yang hanya mengalir perlahan selama lapan hari berturut-turut.
Akibatnya, penduduk sukar menjalani rutin harian seperti memasak, membersih rumah dan mencuci pakaian selain menjejaskan persiapan menyambut Syawal.
Seorang penduduk dilapor berkata, pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil masa empat hingga lima hari untuk menghantar air.
Memetik Sinar Harian, hanya sekali SADA menghantar air setakat 4 April lalu sejak terputus bekalan selama lapan hari.
Penduduk juga terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1,000 untuk memasang tangki, paip dan pam sendiri.
BACA JUGA Mat Sabu perjelas dakwaan para pesawah masih belum terima ‘duit raya’ RM30 juta