MB Kedah normalisasi karaoke dalam majlis sambutan Aidilfitri
Rata-rata pengguna TikTok mengkritik aksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyanyi karaoke di atas pentas sempena majlis Aidilfitri anjuran beliau.
Sedutan rakaman di dalam akaun AAKJ World menyoal sama ada tindakan Sanusi telah diluluskan oleh Dewan Ulama Pas.
“Dewan Ularmak Pas luluskan? Normalisasi apakah ini? Bini nombor 1 pun bersungguh? Nauzubillah.”
“Tanda akhir zaman, yang bertakbir raya dikeji, yang nyanyi lagu raya dipuji,” kata Mrs Nz.
“Inilah kehebatan sebenar Sanusi berkaraoke berbanding menyelesaikan masalah Rakyat Negeri Kedah selaku Ketua Kerajaan Negeri Kedah… Walaun PAS pun tepuk tangan sambil bersorak,” kata Mohd Azhar.
Ada juga yang membandingkan reaksi yang diterima Sanusi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PMX bertakbir, dikeji dan dihina. Sanusi berkaraoke dikata pemimpin serba boleh. Haha..,” tulis CEO of Cekodok.
Menurut Urus Setia Penerangan Darul Aman lebih kurang 70 ribu pengunjung mahlis rumah terbuka Aidilfitri Sanusi.
Ini bukan kali pertama Sanusi beraksi.
Sebelum ini, Sanusi pernah menerima kecaman kerana berkaraoke dalam sesi TikTok langsung pada waktu tengah malam.
BACA JUGA: Sambutan Aidilfitri Sepang dibatalkan, mangsa letupan saluran gas di Sepang akan peroleh bantuan