Penyampai Era FM yang cetus kontroversi sebelum ini kembali….

Tiga penyampai Era FM – Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani – yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dalam video mempersenda upacara kavadi Hindu akan kembali bertugas.

Mereka akan kembali bersiaran dalam segmen 3 Pagi Era pada pukul 6 pagi esok.

Perkara ini disahkan oleh Era FM menerusi akaun Instagram yang memaparkan mereka bertiga dengan poster ‘Akan Kembali.

“Akan kembali. ‘Lock the date’ (ingat tarikh itu), Isnin ini, 7 April 2025 6 pagi bersama geng 3PE (3 Pagi Era),” katanya dalam catatan itu.

Mereka sebelum ini telah digantung tugas oleh Astro Audio pada 4 Mac.

Nabil, Azad dan Radin telahpun memohon maaf kepada masyarakat India kerana tidak sensitif berkenaan isu agama dan kepercayaan masyarakat tersebut.

BACA JUGA: PM Anwar: Usaha tingkatkan hubungan ekonomi, bina semula Syria