Surat pengesahan pesakit pun Pas buat ‘modal’ tunggang isu Abang Belon
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak, Mohamad Suffi Kamari mengundang kecaman orang ramai apabila bersandarkan surat pengesahan pesakit yang dianggapnya “laporan doktor” berhubung isu ‘Abang Belon’.
“Bukti nyata daripada laporan doktor kondisi Zaim aka Abang Belon! T12 compression # doakan kesihatan Abang Belon ya teman teman…,” kata Suffi menerusi platform X.
Untuk rekod, simbol # dalam bahasa perubatan merupakan singkatan kepada “fracture”, iaitu patah tulang.
Oleh itu, T12 compression # bermaksud patah jenis mampatan pada vertebra torasik ke-12 iaitu tulang paling bawah di kawasan tengah belakang badan.
Rata-rata warganet mengingatkan Suffi bahawa perkongsian dokumen yang tertera ‘Pengesahan Pesakit’ itu bukannya surat laporan perubatan.
“Laporan perubatan terperinci perlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk dikeluarkan. Tapi nak tunggang punya pasal, surat pengesahan pun boleh jadi laporan… hauk betul!
“Itu bukan laporan terperinci. Itu setakat surat nak discaj dari hospital saja mesti tulis sebab apa masuk.
“Ini surat pengesahan pesakit bukan surat atau laporan perubatan. Dokumen kesihatan kalau nak dibawa kepada tuntutan undang-undang mesti laporan yang datang dari pakar perubatan. Doktor yang tanda tangan tu bukan pakar,” demikian antara komentar netizen.
BACA JUGA PM ajak ASEAN sepakat perkukuh ekonomi, ini langkah kerajaan MADANI tangani impak tarif AS