Tan Sri Zuki Ali belajar satu sikap ini dari Anwar

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, beliau belajar satu sikap ini yang dipratikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melayani penjawat awam.

Kata beliau, Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang terbuka mendengar cadangan dikemukakan orang bawahan.

Malah Anwar juga menekankan kebajikan penjawat awam dan ia terbukti dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula gaji mereka melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Beliau menghormati penjawat awam dan amat terbuka mendengar pandangan dan idea yang dikemukakan mereka.

“Perkara ini antara yang saya belajar daripada beliau, iaitu berilah peluang kepada orang bawah untuk memberikan pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Mantan KSN dan Apresiasi Pasukan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) malam tadi.

Melalui SSPA yang berkuat kuasa pada 1 Disember tahun lepas, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim itu akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula menerima pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus secara berfasa.

BACA JUGA Syahredzan anggap kunjungan Adun Pas ke kuil tidak perlu dipolemikkan